Monday 17 October 2016

PAMERAN Pendidikan dan Kerjaya 2016






Berlangsung dua hari je kat dewan minangkabau Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK) KMNS yang anjurkan benda ni. Motifnya nak bantu pelajar dapatkan maklumat sebanyak mungkin sebelum buat pilihan kursus kat institusi pengajian tinggi (IPT) nanti.





Banyak IPT awam yang terlibat tapi ada jugak IPT swasta terlibat dalam pameran ni. Mengambil peluang yang ada, aku ada dengar beberapa taklimat berfokus pasal prospek pengajian oleh beberapa IPT. Contohnya macam UPM, UITM, UKM, USM, UM dan sebagainya. Paling banyak aku dapat input pasal UITM la sebab nak dekat sejam aku tanya orang yang handle tu pasal macam-macam course related dengan modul 3, modul yang aku ambik kat matrik ni.




Bagi aku KMNs adakan minggu kerjaya ni untuk ukur tahap kesediaan pelajar dan sejauh mana kami semua ni boleh buat pilihan kerjaya yang tepat.Kalau nak tahu kerjaya apa yang sesuai dengan korang eloklah buat ujian kerjaya tapi bagi aku semua benda tu takda la berguna sangat sebab apa-apa pun sekarang ni kalau jadi pelajar matrikulasi matlamat utama korang bukannya kerjaya apa semua ni. Matlamat utama nak dapat 4 flat supaya korang diterima dalam mana-mana kursus ijazah dalam aliran yang korang tempuh. Jadi apa-apa pun dapatkan 4 flat dulu!!!






 
Pameran Kerjaya

No comments:

Post a Comment