Monday 26 September 2016

KMNS??????

 
 
 
 
 
Cuti mid sem dah lepas.....  Paling sedih batch aku punya cuti mid sem gabung dengan raya haji so orang lain cuti raya seminggu, aku pun cuti seminggu jugak.... huhu sama je macam takda cuti mid sem. Dah la tak berapa lama yakni seminggu je, tapi dapat la jugak lepas rindu kat member dengan family kat KL. Sekarang aku masih sem 1 kat matrik ni. Tinggal lagi 3 bulan je lagi untuk aku meneruskan pembelajaran sem 1 kat sini. Okay, based on title aku nak cerita la life kat matrik. Tapi ni untuk sem 1 punya cerita la. Sem 2 punya cerita tunggu aku habis matrik dulu la eh.



Papan Tanda Matrik

Tanda korang dah sampai KMNS ni, benda pertama yang korang akan nampak adalah papan tanda ni. Jadi, kalaulah ada pelajar2 matrik sesi akan datang dapat matrik negeri sembilan ni, nak pastikan korang sampai ke matrik yang betul, papan tanda ni memainkan peranan yang penting.Sebab apa tau, KMNS ni kira pelosok jugak la haha agak dalam sikit tapi jangan risau ada je signboard kat jalan tu tunjuk mana KMNS ni.
Surau KMNS

Ni pulak gambar surau KMNS. Surau ni akan penuh dan digunakan masa orientasi selama seminggu yang penuh derita. Yang sedihnya time orientasi je lah suraunya penuh. Lepas habis orientasi agak krik2 sikit. Kalau solat maghrib isyak tu adalah dalam 3/4/5 saff. Tapi dulu masa aku mula-mula masuk tu permulaan ramadhan, jadi memang penuh je la surau ada tarawikh semua lepas tu ada banyak la aktiviti untuk bulan puasa macam makan dalam dulang ramai-ramai. Ada jugak program ceramah semua dan jugak qiamulail hihi. Disebabkan aku ambik gambar ni kat google, aku rasa ni gambar lama punya lah sebab surrounding surau tu tak macam dalam gambar, sebenarnya ada kawasan pejalan kaki semua kat situ jadi korang takdalah sunbathing nak pergi surau haha. Tapi suraunya tetap sama macam dalam gambar. Untuk lelaki, solat jumaat bukan kat surau ya. Solat jumaat korang kena jalan kaki dalam 500 meter dari matrik pergi ke masjid, tak silap namanya Masjid Saidina Ali. 
Bangunan makmal

Gambar ni pulak bangunan makmal. Makmal bio, fizik , kimia semua kat sini. Lagi satu, wifi kat sini boleh la tahan laju. Dapatlah download haha sebab sebelah kanan makmal ni OSC (One Stop Centre) hihi jadi wifi boek.




Sebenarnya banyak lagi gambar yang korang boleh tengok kat google kalau nak tengok dia punya asrama ke cafe ke blok tutoran ke ape ke. nak cari gambar



First impression aku sampai KMNS, "Matilah aku duduk sini, pendalaman camni" walaupun nampak cam gedik tapi tu lah first impression aku. Matrik negeri sembilan ni dahla dia letak kat kuala pilah, memang pendalaman gua cakap. Kalau nak pergi Seremban ambil masa 1 jam. Kalau nak pergi Bahau pulak lebih kurang setengah jam. Lepaastu mall yang dekat dengan matrik ni adalah giant and econsave JE.... oops bukan mall sebenarnya boleh panggil tahap pasaraya je HAHA. Tu pun korang kena naik van ke teksi ke. Kalau jalan kaki, alamatnya habis sem baru sampailah kau.
  Hari pertama hari pendaftaran la kan.Masa daftar ni dia agak tersusun la sebab dia macam ada station2. Kira tak pening la korang kalau daftar nanti InSyaAllah kalau sistem dia masih sama. Lepas daftar nanti korang pergilah kat mana dorm yang korang dapat. Kalau budak lelaki akan ditempatkan kat Blok B. Blok C & A untuk blok perempuan. Setiap blok pulak pecah 5. C1, C2, C3, C4, C5. Siapa dapat C4 macam aku memang agak sakitlah sebab C4 adalah blok  yang paling jauh dari surau, Blok Tutoran, Makmal, Dewan Kuliah dan semualah. Tapi kalau duduk C4 ada jugak kelebihan tau. Yang bestnya kat blok C4 paling dekat dengan cafe C. So kau tak payah turun jauh2 nak pergi cafe. TAPI! HAHA cafe c tak semeriah cafe A..... lauk sama je tiap hari kaunter makanan pun satu je. takpa la redha.... Siapa yang dapat blok A memang heaven la untuk perempuan. Lagi satu, line internet katA laju sikit sebab dia tak la ke dalam and atas bukit sangat macam blok C. WiFi? Maaf, dekat blok tak disediakan WiFi. Cafe B pun takde wifi. SO kalau sesiapa berangan ada WiFi kat bilik sila hapuskan mimpi anda itu. Hahaha.....

Bila masuk matrik ni korang kena pakai baju kemeja berseluar slack dan bertie untuk lelaki dan baju kurung 'kampung style' untuk perempuan. Matrik ni memang jangan harap la nak berfesyen. Jubah & baju kurung moden haram ya di sini untuk perempuan. Memang perempuan hari-hari pakai baju kurung je pergi kuliah andddd kasut hitam haha. Kalau dapat tangkap dengan pn mulia(singa KMNS) korang pakai kasut lain ke baju kurung singkat ke habislah korang haha.
Tagline KMNS ni 'Maju KMNS'
Buat masa ni belum lagi la mencintai KMNs sepenuh hati tapi bolehlah kira enjoy jugak life kat sini. Goodluck semua!!

No comments:

Post a Comment